Search

BUBBLES IN THE OCEAN

The humble journey to The Creator: After all, we are just a tiny bubble in the ocean

Tag

Sabar

LIFE IS A STRUGGLE…PERSEVERE IT!

Alhamdulillah, last Sunday I have been given a chance to deliver a talk to UTP students, in an event organised by PRO-HELPER club, which is under the guidance of Counselling Unit, UTP.

The talk is about perseverance. The pictures of this event are shared here together with the prezi link.

Life is a struggle..

Screenshot 2015-11-24 23.20.09

This slideshow requires JavaScript.

TANGGUNGJAWAB YANG TIDAK PERNAH SELESAI

IMG_6135

Sejak kepulangan kami dari UK dua tahun yang lalu, saya tidak pasti, adakah kami yang berubah, ataupun masyarakat sekeliling kami yang berubah.

Jujurnya, sebelum kami berangkat ke UK, memang kehidupan kami agak ‘mandom’. Pergi kerja, balik kerja. Anak-anak cuma props yang dipertanggungjawabkan kepada bibik untuk menjaganya atas alasan kami berdua sibuk dengan kerjaya kami. Kami tidak cakna pun dengan masyarakat sekeliling, selagi tak kena batang hidung kami, apalah sangat perlu dirisaukan.

Namun jauh di sudut hati, sebenarnya saya dan isteri mahu berubah. Kami tahu, ini bukanlah tarbiah yang kami lalui suatu ketika dahulu, ketika sama-sama berada dalam medan usrah dan tarbiah. Tiada maknanya kami melabelkan diri kami sebagai pejuang Islam tetapi tidak ada apa-apa yang signifikan kami buat untuk ummah. Sebelum melangkah meninggalkan tanahair tercinta, saya memohon kepada Allah SWT, jadikanlah pemusafiran ini satu titik permulaan ke arah hijrah kami yang lebih sempurna. Saya mohon kepada Allah SWT, bukan semata-mata memperoleh PhD, tetapi pengalaman yang berharga sebagai permata yang sentiasa bersinar untuk meneruskan hidup.

Allah makbulkan doa saya dan isteri. Pengalaman hidup saya dalam perjalanan hidup PhD saya, dan isteri saya kami catatkan di sini:

The Journey dan di sini: It ends here

Allah makbulkan bukan dengan jalan kesenangan untuk kami mengutip mutiara hikmah itu, tetapi dengan seribu satu kesusahan dan kepayahan. Tidak mudah sebenarnya ujian yang kami lalui sepanjang tempoh 4 tahun di bumi UK, tetapi jujurnya, tarbiah terus dari Allah SWT itu mempercepatkan proses kematangan dan transformasi diri kami. Usai kepulangan kami, kami titipkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana apa yang kami cari, perubahan yang kami mahukan, Allah tunaikan dengan sebaik-baiknya. Allah tutupkan ‘chapter’ perjalanan kami tadi dengan perjalanan menujuNya, pada tahun lepas, dengan menunaikan haji. Sungguh indah, Subhanallah.

Boleh baca beberapa catatan haji saya di sini: Refleksi HajiCatatan Haji 1 , Catatan Haji 2Catatan Haji 3Catatan Haji 4

Semuanya itu kemas dalam lipatan sejarah kehidupan kami, Alhamdulillah.

Namun itu bukan tujuan apa pos ini. Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah, betapa besarnya tanggungjawab yang terpundak di bahu kami, bahu kita semua, sejurus sahaja selesai ‘chapter’ itu kami tutup. Kami sedang melawan arus, menongkah badai di dalam masyarakat yang perlu kami santuni dan kami bantu.

Kita ketahui bahawa masyarakat Melayu Islam di Malaysia khasnya sangat-sangat dikenali sebagai masyarakat yang peramah dan bersopan santun. Namun saya tidak pasti, apakah yang mengakibatkan peralihan sikap. Masyarakat kita, pada pandangan kami, semakin beralih sikapnya. Jeliknya kelihatan sikap yang tidak baik dan buruk di pandangan. Justeru itu, besarlah tanggungjawab yang terpundak di bahu yang perlu dipikul bersama, antaranya:

  1. Perkauman – saya melihat indoktrinisasi yang dilakukan sejak zaman British pecah dan perintah semakin menjadi-jadi sekarang, tambahan pula dengan kehadiran media sosial. Rata-rata orang kita, tidak lagi malu untuk mengutuk bangsa lain dan menyeru kepada perpaduan masyarakat Melayu khususnya atas alasan kita adalah bangsa yang tertindas. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya yang menindas! Apa-apa yang berlaku, mudah sahaja kita kaitkan dengan isu perkauman. Ia seolah-olah api di dalam sekam yang bakal marak. Nauzubillah!
  2. Menghakimi orang lain – Salah satu sikap yang perlu dihakis di kalangan kita, ialah sikap merasakan diri ‘hollier than thou‘. Kita merasakan diri kita lebih baik dan lebih pandai daripada orang lain. Sebagai contohnya, hanya semata-mata kita menyokong perjuangan Islam, ataupun kita orang Islam yang (kononnya) dijamin syurga oleh Allah SWT, maka kita mudah menghakimi dan menjatuhkan hukum kepada orang lain.  Kita lupa bahawa, syurga neraka itu ditentukan oleh Allah SWT, dan bahawa atas rahmatNya sahajalah ditentukan samada tempat kita akhirnya adalah syurga atau neraka (Nauzubillahi min zalik). Kita berkasar atas nama dakwah, tidak ada seni dalam menyeru kepada jalan yang diredhaiNya, dan mudah sahaja kita menjatuhkan hukuman apabila seseorang atau sesuatu kumpulan itu tidak mahu mengikut cara kita. Semudah mempamerkan stiker kereta “Astagfirullah, tak tutup aurat lagi, takutlah pada Allah”, ini ialah sebenarnya sikap kita sebagai penghukum. Kita merasakan diri kita sudah cukup baik supaya kita dapat menjatuhkan hukuman kepada orang lain. Bukankah banyak lagi cara yang lebih baik dan berseni untuk dakwah. Semudah mempamerkan stiker, “Sejak menutup aurat, jiwa saya tenang untuk menuju jalanNya, jom UBAH?”. Namun inilah hakikatnya, kadangkala kita merasakan diri kita lebih Islam daripada yang lain, maka dengan mudah syaitan menyucuk jarumnya dan godaannya kepada kita.
  3. Berfikiran simplistik – Salah satu sikap yang perlu diubah ialah bagaimana kita ambil mudah dan malas berfikir dalam tindak tanduk kita. Allah menyuruh kita bertadabbur dengan alam, BERFIKIR tentang penciptaanNya, pastinya bersebab. Antaranya, Allah mahukan kita mengasah daya pemikiran kita. Tidak sewenang-wenangnya menghamburkan sesuatu daripada lidah, tanpa berfikir secara matang. Dan tidak sewenang-wenangnya meletakkan hukum secara literal, tanpa memahami konteks secara menyeluruh. Tetapi itulah kegagalan kita, semudah kita mengambil pegangan, aku hanya mahu ikut Mazhab Syafie, jadi aku tak perlu tahu tentang fiqh daripada Mazhab lain. Very-very simplistic! Semudah itu juga masyarakat kita suka dengan hiburan kerana ia tidak memberatkan otak untuk berfikir. Lihat sahajalah rancangan-rancangan di televisyen, masih kelihatankah rancangan-rancangan kuiz yang membina minda? Melainkan ia hanya digantikan dengan rancangan realiti TV yang berunsurkan hiburan (walaupun nampak Islamik!).
  4.  Spoon-fed Education– Apabila masyarakat kita malas membaca, maka ilmu yang kita timba adalah informasi yang disuap. Sebenarnya ia bukanlah ilmu, tetapi informasi. Inilah yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sejak daripada kecil, anak-anak sudah bermalas-malasan membaca buku (konotasi membaca buku juga hanyalah dikaitkan dengan buku pelajaran), sedangkan anak-anak sepatutnya digalakkan membaca apa jua jenis buku berdasarkan umur mereka. Aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran juga hanyalah aktiviti sehala, yang tidak menggalakkan kepada percambahan pemikiran. Apa yang cikgu ajar, itu yang wajib ditelan dan dilumat tanpa perlu banyak soal. Mempunyai pandangan yang bertentangan dengan guru adalah satu kesalahan, hatta memberikan jawapan yang berbeza daripada skema jawapan (meskipun betul), juga dikira salah. Maka masyarakat kita sukar berlapang dada apabila berselisihan pendapat. Pemikiran spoon-feed ini bukan sahaja merosakkan disiplin pemikiran kita, tetapi menjadikan masyarakat berfikiran simplistik seperti dalam perkara 3 yang saya kongsikan di atas.
  5. Tidak ada ‘assertiveness’ – Assertive ini ialah satu sikap di mana, apabila kita tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, kita nyatakan pendirian kita dengan jelas, tanpa perlu menyakiti hati orang lain. Namun apa yang berlaku dalam masyarakat kita, biarpun di media sosial ataupun secara pertemuan berhadapan, apabila kita tidak bersetuju dengan pandangan orang lain, maka apa yang berlaku adalah pembantaian secara beremosi, sinikal dan sarkastik. Hatta berlaku pembunuhan karakter meskipun di kalangan agamawan. Sedangkan akhlak-akhlak inilah yang ditegah oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sukarnya masyarakat untuk menyatakan, “Sorry, I beg to differ”, “Maaf, saya rasa pendapat itu sesuai, tetapi saya kurang bersetuju kerana…..”
    Tidak ada keharmonian dalam perbezaan pendapat kerana semua ingin menang dan berpuas hati atas kemenangan.

Maka sebenarnya, pada fasa kehidupan ini, sesungguhnya, kami merasakan amat sukar untuk membawa masyarakat sama-sama berubah, tetapi itulah tanggungjawab yang harus dipikul. Sedikit-sebanyak, budaya yang tidak elok ini juga ada yang terpalit pada diri kami, dan kami sentiasa bermohon kepada Allah SWT supaya jadikanlah kami daripada kelompok yang sedikit. Kelompok yang sentiasa berusaha mencari redhaNya dan berjihad untuk mengubah mentaliti masyarakat. Ia adalah perjalanan yang sungguh sukar, dan yang paling mudah adalah meninggalkannya- pack your stuff and leave the country. Namun, kami tidak mahu dipersoalkan oleh Allah SWT kelak, apakah yang telah kami lakukan untuk ummah.

Ya Allah, bantulah kami, kerana sesungguhnya tanggungjawab ini tidak pernah selesai. Permudahkan ia ya Allah.

PERSONALITY AND HOW ALLAH SHAPES OUR PERSONALITY (SHARING BY ABU AMANINA 26 FEBRUARI 2013)

Semalam saya ada kongsikan tentang personality test. Bila kita kenal diri kita, dan kita berusaha untuk menambah baik akhlak dan ibadah kita, Allah akan berikan tarbiah kepada kita melalui ujian-ujianNya. Saya kira ia adalah satu ‘experiential lerarning’ kepada saya, sekiranya apa yang ditarbiahkan/diujikan kita ambil menjadi ibrah kepada diri. Hari ini saya nak bincangkan bagaimana pula ujian yang diberikan oleh Allah untuk membentuk/shaping hambaNya agar menggunakan kekuatan yang ada untuk ummah, dan kelemahan yang ada untuk diatasi dan diperbaiki.

Melalui personality test guna kaedah yang dikongsi oleh Florence Liteur dalam bukunya Personality plus, saya adalah seorang powerful choleric and popular sanguine, an eagle and peacock I am. Similarly kalau saya uji diri saya guna Belbin Management Test, di dalam kerja kumpulan, saya adalah Shaper. Berulang-ulang kali saya buat tetap tidak mengubah kategorinya. Sebelum itu mungkin saya dapat kongsi sedikit gist tentang karakter saya:

Choleric (Wikipedia)
The choleric temperament is fundamentally ambitious and leader-like. They have a lot of aggression, energy, and/or passion, and try to install it in others. They are task oriented people and are focused on getting a job done efficiently; their motto is usually “do it now.” They can dominate people of other temperaments with their strong wills, especially phlegmatic types, and can become dictatorial or tyrannical. Many great charismatic military and political figures were cholerics. They like to be in charge of everything and are good at planning, as they often can immediately see a practical solution to a problem. However, they can quickly fall into deep depression or moodiness when failures or setbacks befall them.

Sanguine (Wikipedia)
The sanguine temperament is fundamentally impulsive and pleasure-seeking; sanguine people are sociable and charismatic. They tend to enjoy social gatherings, making new friends and tend to be boisterous. They are usually quite creative and often daydream. However, some alone time is crucial for those of this temperament. Sanguine can also mean sensitive, compassionate and romantic. Sanguine personalities generally struggle with following tasks all the way through, are chronically late, and tend to be forgetful and sometimes a little sarcastic. Often, when they pursue a new hobby, they lose interest as soon as it ceases to be engaging or fun. They are very much people persons. They are talkative and not shy. Sanguines generally have an almost shameless nature, certain that what they are doing is right. They have no lack of confidence. Sanguine people are warm-hearted, pleasant, lively and optimistic.

Shaper (Belbin Management Test, Wikipedia):

The Shaper is a task-focused individual who pursues objectives with vigour and who is driven by tremendous energy and the need to achieve – for the Shaper, winning is the name of the game. The Shaper provides the necessary drive to ensure that the team kept moving and did not lose focus or momentum.[2]
Shapers are people who challenge the team to improve. They are dynamic and usually extroverted people who enjoy stimulating others, questioning norms, and finding the best approaches for solving problems. The Shaper is the one who shakes things up to make sure that all possibilities are considered and that the team does not become complacent.[3] Shapers could risk becoming aggressive and bad-humoured in their attempts to get things done.[2] Shapers often see obstacles as exciting challenges and they tend to have the courage to push on when others feel like quitting.

Jadi apa yang Allah tarbiah saya? 
Allah tarbiah saya dengan SABAR. Ya, saya akui saya ada kelemahan dengan sikap SABAR. Adakalanya saya terburu-buru membuat keputusan, adakalanya saya cepat rasa ‘hostile’ dan ‘volatile’ dalam menerima dan membuat keputusan. 

Sekiranya saya singkap kembali perjalanan hidup saya sepanjang 30 tahun yang lalu, banyak sungguh ujian yang Allah bagi pada diri saya untuk membentuk/shaping diri saya sebelum saya ‘shape’ orang lain. Akhlak saya semasa di sekolah menengah bukanlah baik pun, rakan-rakan saya anti dengan saya kerana saya kadang-kadang jenis yang tidak kisah dengan persahabatan. Saya keras dalam membuat keputusan, apatah lagi sebagai ketua pengawas, saya memang anti dengan kawan-kawan yang melanggar peraturan sekolah. Adakalanya saya ni jenis yang suka menunjuk-nunjuk. Setiap tingkatan yang saya naik, Allah uji satu persatu, setiap tahun hampir-hampir saya mahu pindah/tukar sekolah tetapi Allah tak izinkan. Pada saya, saya tidaklah ‘enjoy’ zaman remaja saya. Karakter saya keras seperti batu. 

Dengan sifat ‘kiasu’ saya, Allah takdirkan saya ke Kolej MARA Banting untuk sambung IB saya. IB yang sangat mencabar kerana tempohnya dipendekkan menjadi setahun setengah sahaja. Namun di situ, Allah pertemukan saya dengan insan-insan yang hebat-hebat dan masih menjadi sahabat karib saya sehingga sekarang: Firdaus Mat SaadMohd Zamir PakhuruddinAdzhar Zawawi (ex-roommate A102) dan Mohd Fahmi Hashim. Mereka memperkenalkan saya dengan erti setiakawan dan persahabatan. Allah datangkan mereka untuk ‘tone down’ sifat kiasu, pentingkan diri dan karakter keras saya. 2 minggu pertama saya sudah memperoleh tazkirah pertama daripada Daus, dan Alhamdulillah, saya sangat menghargainya hingga sekarang. 2 minggu bertazkirah menjadi 6 bulan anti-friendship dengan beliau. Saya sukar terima teguran beliau pada awalnya tetapi takdirnya kami menjadi sahabat akrab. Kepada beliau saya mengadu masalah saya. Zamir, Adzhar dan Fahmi adalah rakan-rakan yang bersedia bersama-sama saya ketika saya ‘ups’ and ‘down’. Syukur kepada Allah atas pertemuan ini. 

Allah tarbiah saya dengan SABAR apabila saya keseorangan terkulat-kulat di Manchester semasa first year saya. Perasaan gundah, keseorangan, menghantui diri saya. Total depression tetapi Alhamdulilah saya dapat atasi keadaan berpindah ke Sheffield semasa 2nd year saya. Di sana, walaupun saya berdepan dengan macam-macam masalah dan adakalanya menguji persahabatan kami (kerana Adzhar, Firdaus, Zamir dan Fahmi ke Sheffield), Allah tarbiah saya dengan SABAR. Pada ketika itu juga, Allah ketemukan saya dengan pasangan hidup saya,Putri Nurizatulshira. Allah uji ikatan kami dengan SABAR. Hampir 5 tahun berkenalan tetapi ‘memendamkan’ perasaan cinta atas batasan syariat sangat menguji ikatan goyah ini. You just knew she’s the right one for you but the time was not right. Setelah itu, barulah akhirnya kami menjadi pasangan yang halal. Itupun setelah saya rasa tidak mampu lagi menunggu ketika saya melanjutkan pengajian MSc saya di Newcastle. 

Saya tidak terus jatuh cinta dengan isteri saya. Perasaan cinta itu makin mendalam dan makin menebal dengan datangnya mawaddah. Alhamdulillah, Allah berikan Putri Nurizatulshira sebagai anugerah yang terindah kepada saya untuk mentarbiah diri saya. Saya tidak rasa buat masa ini ada pengganti yang sesuai yang seSABAR isteri saya menghadapi karenah ‘hostile’ dan ‘volatile’ saya. Beliaulah penawar di kala duka saya, apa jua konflik yang kami hadapi sepanjang hampir 8 tahun pernikahan ini kami hadapinya bersama, dan selepas ia selesai pasti akan timbul perasaan cinta yang mendalam, insya Allah. Beliau berkorban kerjaya beliau, hampir setiap 2 tahun untuk bersama-sama dengan saya. Mana ada orang yang makin pindah kerja makin rendah gajinya?

Allah anugerahkan saya anak-anak yang sihat dan bijak, Alhamdulillah sebagai madu dan amanah buat saya. Mereka penawar di kala duka. Allah beri saya peluang untuk menyambung pengajian PhD saya, kali ini di London. Sekali lagi Allah beri ujian SABAR, kali ini dengan apa yang saya tak mampu kawal. Kesihatan, kebakaran, sampel rosak dan sebagainya. Sehingga sekarang, saya masih belum mampu memulakan kerja di makmal saya, ya sudah 5 bulan! 

Allah bagi saya rasa ‘depress’ sekejap, untuk menyedari hakikat bahawa tidak semua perkara saya boleh kawal, semuanya adalah ketentuan Allah semata-mata.

Tetapi saya tidak depress lama-lama, maka saya mengutip semangat, menggunakan kekuatan karakter saya untuk tidak terus putus asa, saya WAJIB tamatkan perjuangan PhD ini. Saya WAJIB menyumbang untuk ummah dengan isteri saya, sebagai satu sinergi kami bersama. 

Ia perjalanan yang panjang. Ia perjalanan yang menguji keSABARan. Allah bentuk saya sehingga siapa saya pada hari ini. Dan saya berdoa agar mati saya nanti adalah mati husnul khatimah. Perjalanan menuju nafsu muthmainnah ini sungguh mencabar terutamanya di dunia marcapada. Saya doakan juga teman-teman fb saya agar terus berusaha meningkatkan potensi diri untuk ummah dan memperbaiki diri untuk mengadap Allah SWT kelak. 

Salam perjuangan dari hatiku ke hatimu. Wassalam.

Blog at WordPress.com.

Up ↑