Search

BUBBLES IN THE OCEAN

The humble journey to The Creator: After all, we are just a tiny bubble in the ocean

Category

Talks

INILAH JIHAD KAMI

2011-01-16 17.52.49

Alhamdulillah, doa kami ketika di Tanah Suci dahulu dimakbulkan Allah Taala. Sejak dua menjak ini, saya diberikan banyak peluang oleh Allah SWT untuk menyampaikan dakwah melalui pelbagai kuliah/talk dalam bidang-bidang yang saya selesa untuk sampaikan. Antaranya saya diberikan peluang oleh Allah Taala sejak tahun lepas menjejakkan  di UIA, UKM dan UTM untuk slot sesi motivasi belajar. Tidak kurang juga, minima sebulan sekali saya akan menyampaikan kuliah di Masjid An-Nur, UTP dalam pelbagai topik, contohnya dakwah via technology, personality, ujian sabar dan Baitul Muslim. Ada juga persatuan-persatuan pelajar di dalam UTP yang menjemput saya menyampaikan kuliah berkaitan pengurusan strategik, leadership dan Insha Allah minggu depan pula bersama-sama isteri saya akan menyampaikan talk berkenaan LOVE management, satu sesi dalam EVE Convention, anjuran bersama HELWI & MPP UTP. Love management adalah satu topik yang pernah kami sama-sama sampaikan bersama semasa di UK dulu. Isteri saya juga dalam masa yang sama mengajar English di sebelah petang kepada anak-anak yang berumur sekitar 5 hingga 12 tahun untuk mengayakan mereka dalam berbahasa Inggeris.

Saya dan isteri mengambil peluang untuk menyampaikan talk-talk ini memandangkan kami sangat bersemangat untuk mengubah paradigma masyarakat dan mengajak mad’u kami untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Tidak kurang juga, niat kami adalah untuk membantu insan-insan yang memerlukan, samada mereka menyedari mereka memerlukan bantuan ataupun tidak. Selalunya talk kami akan mengajak para peserta berfikir, keluar daripada kebiasaaan, memperbetulkan halatuju hidup dan itulah sebenarnya jihad kami. Antara sebab utama juga, kenapa saya memilih kerjaya sebagai pensyarah, adalah kerana ini adalah medan dakwah saya. Saya akan sentiasa memastikan, saya menunjukkan contoh teladan yang baik ‘cautiously’ dan penuh sedar, baik di alam maya ataupun di dalam kelas yang saya ajar. Saya juga akan memastikan saya memberikan mutu pengajaran yang terbaik, seiring dengan matlamat saya mahukan anak-anak murid saya menjadi yang terbaik, extraordinary baik di dunia dan di akhirat.

Inilah jihad kami. Dan jika sekiranya ada yang mencadangkan saya menjadi seorang motivator, atau pakar motivasi, saya rasa saya tidak layak, apatah lagi untuk meletakkan harga yang tertentu dalam kuliah-kuliah saya. Pertamanya, saya tidak sampai hati untuk menjual ilmu. Kerana ilmu itu bukan milik saya, ilham yang kami perolehi semata-mata dari Allah SWT. Keduanya, dakwah saya juga bukan untuk dijual-beli. Jadi, bila ditanya apakah kos talk saya, saya tidak pernah meletakkan harga. Walaupun begitu, memahami konteks masyarakat di Malaysia, yang percuma selalunya diambil ringan dan enteng, cukuplah saya katakan, berilah apa yang tidak membebankan dan tidak menjadi buah mulut orang. Saya suka dengan konsep Prof Muhd Kamil Ibrahim, beliau sangat serius untuk tidak menerima sebarang imbuhan,sekiranya ia adalah hasil kutipan di kalangan audiens nya sendiri.

Berbalik kepada jihad kami, kepuasan kami adalah pada membawa perubahan kepada masyarakat. Melihat individu-individu yang terkesan dengan apa yang kami coretkan baik di blog ini ataupun di fb (disclaimer: sampai sekarang belum ada akaun twitter, hehe) ,kami sampaikan dan kami ulas, ia sungguh mengesankan jiwa kami sendiri. Yang baik daripada kami, jadikanlah teladan, yang tidak baik dan tidak elok, tegurlah kami, dan jadikan ia sempadan. Moga Allah menerima apa yang kami buat sebagai amalan yang menjadi bekalan untuk kami ke syurgaNya kelak, Ameen.

Kepada sesiapa yang mahukan perkhidmatan saya atau isteri, untuk memberikan ceramah motivasi belajar, keluarga muda, pengurusan cinta, dan pengendalian bengkel-bengkel,  bolehlah hubungi saya di talian
013-4355007. Insha Allah mana yang kami mampu, kami cuba yang terbaik.

DA’WAH VIA TECHNOLOGY: LIKE OR DISLIKE?

Alhamdulillah, this evening I was invited to give a talk at Masjid An-Nur, UTP for the new students. Title of the talk, Da’wah via Technology: Like or Dislike?

This is the prezi link, means for sharing

http://prezi.com/fuzczbysxsug/?utm_campaign=share&utm_medium=copyScreenshot 2015-01-13 22.00.37

Blog at WordPress.com.

Up ↑