[INI ADALAH POS SAYA SEKITAR TAHUN 2010 DAN SAYA MASIH RASAKAN IA RELEVAN UNTUK SEMUA]

 

how-millennial-are-you-2-22003-1473371885-0_dblbig

Saya meletakkan lesson untuk generasi Y/millenial ini memandangkan ramai pemuda-pemudi zaman sekarang iaitu di dalam generasi Y/millenial seperti saya, hatta yang terpelajar sekali pun, kurang ilmunya tentang adab berkomunikasi. Lahirnya generasi SMS & Internet yang hanya mahu mengejar masa tetapi terlupa tentang adab dan tatasusila berkomunikasi, semuanya dipukul sama rata, apatah lagi kalau kita mahu jadi pendokong Islam.

Lesson 1: Susah sebenarnya nak jadi orang tengah (messenger). Bukan main taram je sampaikan segala maklumat yang dipasskan oleh orang lain, tapi kena pandai-pandai tapis, kena fikir-fikirkan dulu sesuai atau tak sampaikan maklumat itu dan ini atau to the extent tak perlu ceritakan. Banyak adab dan tatasusila yang kita perlu fikirkan, cara menyampaikan dsb.

Lesson 2 : Pilihlah perkataan yang sesuai dalam semua situasi. Bukan semua tempat sesuai untuk cakap aku dan ko, walaupun dalam majlis itu ada kawan-kawan yang sebaya. Ada yang perlu cakap saya dan encik X, encik Y sebagai menghormati majlis/program.

Lesson 3: Apabila kita nak buat kawan dengan seorang yang baru kita kenal, talk about your and his/her background. This is what we call the art of blending the communication. Try to find similar interest, and talk more about it. Bila memilih perkataan ganti diri e.g. aku, ko, saya, awak, abang, kakak…look first at his/her acceptance.

Lesson 4: Pilihlah perkataan yang sesuai apabila anda ingin berbicara. Tak semua orang boleh menerima satu laras bahasa. Bila berbicara dengan orang tua, orang kaya, orang sederhana, budak kecil , semuanya perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai. Nilai intelek itu bukannya pada IQ anda, tetapi sejauh mana anda mampu menyampaikan ilmu anda dalam bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Lesson 5 : Orang Melayu dahulu tinggi adabnya, manis budi bicaranya. Yang pentingnya, bijak menggunakan common sense. Kita jarang meletakkan diri kita dalam kasut orang lain. Adakalanya kita meletakkan kepentingan menyelesaikan kerja kita mengatasi keperluan orang lain, maka akhirnya aspek ‘common sense’ dikesampingkan. Remember to balance two things: people focused & task focused!

That’s all for now. šŸ™‚