Semasa zaman undergraduate di UK dahulu, saya menyedari bahawa saya tidak mendapat kepuasan pembelajaran yang sebenar. Hampir keseluruhan pensyarah saya hanyalah pensyarah, dan mereka sangat ‘teacher-centred’ dalam pengajaran. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan dari Malaysia yang sukar membuka mulut untuk bertanyakan soalan yang kita tidak fahami, I’ve been deprived from learning. Apa yang saya tidak faham di kelas, memang saya takut nak soal balik pensyarah. Belajar kejuruteraan kimia pada saya membosankan kerana saya tak dapat ‘clear picture’, apakah itu kejuruteraan kimia.

Saya hanya mampu mengatasi segala salah faham saya dan ketidakfahaman saya dalam kelas melalui study group. Mujur kami ada study group di kalangan kami pelajar Malaysia. We formed the group ourselves, we assigned each other a course that we must never ponteng throughout the semester. By the end of the semester, every member should prepare notes/mindmap to be photocopied and shared with others. So during the study group time (we’re fortunate to have one month study break before the exam), each of us take turn to teach the members. Tapi bila part yang sama-sama kami tak faham, kami hafal je pakai mnemonic LOL. Nak jumpa pensyarah pun segan.

After we taught each other, we did the tutorial given to emphasise our understanding. Then we divided an exam question each, try to do ourselves and show to each member how we did that and if we’re stuck, we discussed. Towards the end we came out with a compilation of answer scripts that we inherited to our juniors for their revision.

Cuma yang saya seronok lebih part chem eng ni bila masuk final year, buat plant design because my mind is activated. Hands on sendiri. Discussion among group members. Barulah nampak apakah kejuruteraan kimia yang sebenar. Subjek yang paling minat masa tu Process Safety sebab subjek tu la yang pensyarahnya pakai visual (video) untuk analyse case study pasal Bhopal 1984. Itulah pengalaman pembelajaran paling aktif yang saya pernah lalui dalam kelas masa zaman sarjana musa.

Afterall, masa belajar dulu kena banyak belajar sendiri. Untungnya kami, almost each time of the exam, markah exam kami yang duduk dalam study group ni memang dekat-dekat, kecuali kalau tiba-tiba blank dalam exam tu different story. Alhamdulillah saya berjaya dapat border line first class honours.

Nak dipendekkan cerita, chalk and talk learning pada saya menyebabkan saya rasa bodoh di dalam kelas and becoming superficial learner sebab masa tu saya hanya nak score untuk exam. Itu pun tak score jugak. Kalaulah dianjakkan masa dan pensyarah-pensyarah saya buat student centred learning, pastinya pengalaman saya di dalam kelas akan lebih bermakna kerana saya berpeluang kenal rakan-rakan lain seramai 60 orang itu dan get to learn together. As I said earlier, I was deprived from learning. Hasilnya cuma campur dengan kawan-kawan Melayu dan housemate je lah. Pensyarah saya pun saya rasa tak kenal saya pun.

Jadi pada asbab itu, apabila saya diperkenalkan dengan student centred learning (SCL)ini sebagai seorang pensyarah, saya tak berpatah balik semula ke belakang, kerana saya mahu menyediakan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar saya. I told them why I did this and I told them that I care for them hence why I am doing this.

SCL here you go. I am all the believer. I’ll sell you out all way long.