writing

Bila kita sudah terbiasa membaca, menulis, dan berfikir, selalunya Insha Allah mudah bagi kita membaca pemikiran orang lain atas apa yang mereka tulis.

Sebagai contoh mudah, setiap bentuk penulisan itu akan dimulakan dengan pendahuluan, diolah-olah sebagai isi yang tidak bercanggah antara satu sama lain, dan akhirnya akan mudah disimpulkan.

Atas sebab itulah saya sering menggalakkan pelajar-pelajar saya untuk kerap menulis (samada di fb ataupun di blog) supaya mereka terbiasa menulis dengan kaedah penulisan yang formal.

Seseorang yang kurang terbuka dalam pembacaan mereka, ataupun kurang berfikir, ataupun ada masalah dalam pemikiran, ia boleh dilihat melalui penulisan mereka. Ada percanggahan yang berlaku. Sekejap nak dikatakan perihal ini, tetapi dalam pada masa yang sama mahu disentuh perihal yang lain untuk objek yang sama, menjadikan pembaca artikel itu sendiri ‘confuse’ dengan apa yang mahu disampaikan.

Seorang pemikir juga, jika kita lihat, akan konsisten dengan prinsip dan pendirian mereka. Seseorang yang kurang kemahiran berfikir dan selalu terikut-ikut dengan orang lain akan punyai masalah dengan bersikap konsisten. Sekiranya pada sebulan yang lalu mereka menyebut A, tetapi semalam mereka menyebut B, tidak mustahli pada masa akan datang mereka akan berubah pendirian mereka lagi. Semua ini boleh diterjemahkan melalui penulisan mereka sendiri. Seseorang yang pendiriannya bertukar-tukar wajarlah kepada kita untuk sentiasa berjaga-jaga kerana pendirian ‘chameleon character’ tidak akan menguntungkan sesiapa pun. Hanya seseorang yang malas berfikir akan mudah terpengaruh dengan penulisan-penulisan sebegini.

Oleh itu, nasihat saya kepada semua. Banyakkanlah membaca dan berfikir supaya dengan pembacaan dan pemikiran itu, akan menatijahkan penulisan yang baik, Insha Allah. Pupuklah minda kita supaya banyak berfikir dan tidak berfikiran simplistik.