Blooms Taxonomy

Kadang-kadang kita sebagai ibu ayah mungkin adakalanya tidak mengetahui bagaimana nak bertanyakan soalan KBAT untuk menguji pemikiran anak-anak

Di bawah ini adalah contoh komunikasi antara saya dan anak-anak yang berusia 7 dan 9 tahun sebentar tadi dalam kenderaan.

Hujang sangat lebat dan banyak lopak-lopak air. Setiap kali kereta kami melintasi lopak air, pastinya ada air yang memercik. Saya bertanya soalan kepada mereka dalam bahasa Inggeris, dan ini adalah komunikasi kami

Abi: Anak-anak, apa benda yang mengakibatkan air memercik saiz besar atau kecil

Mereka mula berfikir tapi tiada jawapan. Saya memberikan ‘hint’

Kalau lopak air tu besar dengan lopak air tu kecil, mana yang boleh bagi percikan yang lebih besar?

Amanina: Yang besar lah.

Kalau kereta ni abi bawak perlahan atau laju, yang mana boleh bagi percikan yang besar?

Falah: Kalau bawa laju

Kalau abi bawa perlahan pada lopak air yang besar, percikan air besar tak?

Falah & Amanina: Tak

Jadi, apa yang mempengaruhi saiz percikan? Lopak itu besar atau kecil dan kelajuan kereta kita. Kan?

Kalau abi nak bagi percikan paling besar abi kena buat apa?

Falah: Bawak laju-laju pada lopak yang besar!!

Mereka berpuas hati dapat menjawab soalan saya. Alhamdulillah, pada usia ini, bentuk soalan sebegini saya rasa sudah mencukupi, tetapi apa yang boleh saya buat seterusnya ialah memberikan peluang kepada mereka mencari maklumat/teori berkenaan dan mengaitkan dengan fenomena ini, apakah sebenarnya fenomena yang terjadi (yang ini boleh dikaitkan dengan Fizik untuk sekolah menengah nanti).

Jikalau diteliti semula, soalan-soalan saya berbentuk komparatif dan penilaian, iaitu level 5 Bloom Taxonomy dengan sedikit bantuan untuk memudahkan mereka faham konteks soalan yang diberikan. Level 4- Level 6 bagi Bloom Taxonomy adalah untuk mempromosi kemahiran berfikir aras tinggi pada mereka. smile emoticon

Benda yang paling mudah untuk cikgu-cikgu dan mak ayah buat ialah terus bagi jawapan kepada mereka, muntahkan kesemuanya dan bagi mereka hafal, tetapi ini tidak akan menyebabkan ilmu yang diserap itu kekal lama. Esok lusa, saya nak test buat eksperimen dengan mereka, dan nak tengok mereka ingat lagi atau tak fenomena yang kami bincang malam ni.

Jom sama-sama keluarkan anak-anak kita daripada pemikiran sumbat dan muntah!

‪#‎saynotospoonfeeding‬
‪#‎HOTS‬