Be kind, always. [written by Ummu Amanina]

Dah lama saya tak tulis panjang-panjang. Busy, and nothing much to share perhaps. But something happened today, and I wish to share my reflection about it.

Pagi tadi saya ke sekolah untuk mengambil borang pendaftaran pra-sekolah untuk Nurhan. Kami bercadang untuk mendaftarkan Nurhan ke pra-sekolah di sekolah yang sama dengan kakak dan abangnya.

Apabila saya tiba di kelas pra-sekolah tersebut, senyum dan bersalaman dengan guru yang bertugas, pembantunya memberikan saya buku untuk menulis nama. Tiba-tiba saya tersentak apabila guru tersebut berkata kepada saya,

“Janganlah berharap sangat ye”.

Saya lihat muka dia tetapi saya senyap saja dan terus menulis nama di dalam buku yang diberikan. Saya agak terkilan dengan beliau yang belum apa-apa lagi dah kata begitu. Beliau menyambung lagi dengan mengatakan yang permohonan sebenarnya dah ditutup, dan pemilihan akan dibuat oleh jawatankuasa termasuk dengan guru besar, dan akan dibuat melihat juga faktor gaji. Katanya, ada ibu bapa yang gaji RM8000 tetapi hantar ke pra-sekolah kerajaan. Walaupun mereka akan dahulukan yang umur 6 tahun (pra untuk 5 dan 6 tahun campur sekali kelas).

Saya katakan yang saya memang berharap anak saya dapat tempat di prasekolah ini sebab saya rasa ianya akan jadi satu pengalaman yang baik utk dia — tetapi kalau akan dipilih ikut gaji.. saya tak dapat nak kata apalah.

Tak lama lepas itu, pembantunya memberikan saya borang dan meminta bayaran RM1. Kebetulan saya tak bawak dompet dan saya minta maaf tak dapat bayar terus. Tidak semena-mena guru berkenaan cakap sekali lagi kat saya,

“Nanti jangan lupa bayar”

Terdiam saya dibuatnya. Guru berkenaan terus berkata dengan mangatakan sebelum ini ramai saja ibu bapa yang buat tak tahu tak bayar RM1 seperti yang diminta selepas hantar borang.

Saya pulang dengan perasaan yang hampa. Hampa dan kecewa dengan sikap orang dewasa, Islam, yang tidak berkomunikasi dengan baik, dan berprasangka. Dalam kereta sewaktu perjalanan pulang, minda dan hati saya masih terusik. Kecewa dengan sikap manusia yang tidak ‘kind’.

Tidak lama selepas saya masuk ke kawasan perumahan kami, dari jauh saya ternampak kelibat seorang anak muda OKU yang cukup dikenali oleh penduduk setempat, sedang berjalan terhinjut-hinjut (beliau sedikit tempang). Saya tersenyum kerana saya mengenali beliau, cuma belum sempat nak kenalkan anak-anak dengan beliau (dari usia kecil sekolah menengah, beliau rajin ke surau, dan bila sudah besar, sara diri sendiri dengan mengambil upah menyapu sampah sarap di sekitar kawasan kedai dan jalan raya).

Saya nampak seorang pemuda bermotosikal menghampiri dan menyapanya. Anak muda OKU berkenaan kelihatan mengangkat tangannya yang bengkok, menunjuk ke hadapan. Sewaktu kereta saya melintasi mereka, saya lihat anak muda OKU itu tersenyum. “Oh, kawan rupanya mereka”, kata saya dalam hati. Saya terus melihat mereka melalui cermin kereta dan kelihatan anak muda OKU itu cuba naik untuk membonceng motosikal itu.

I immediately realised — the pemuda bermotosikal itu sebenarnya hendak menumpangkan anak muda OKU itu ke tempat yang hendak dituju! So kind of him. Many people would have just drove past the anak muda OKU, including me! My eyes immediately welled up, because just a few moments ago I felt bad seeing unkind people, but now Allah showed me there are still those who care, those who are truly kind. And that the impact of any acts of kindness, even small, is just very uplifting and motivating. Just imagine, a human, us, seeing an act of kindness even from far away, can feel good about ourselves, and good about mankind. May Allah reward the motorcycle man and the anak muda OKU smile emoticon

Kindness is very important. And I learned to remember a very important lesson today:

BE KIND. ALWAYS.