DSC_3207
[STATUS PUBLIC DISPLAY AFFECTION]

Maafkan saya, status ini mungkin ‘geli’ kepada sesetengah orang, tetapi harini adalah antara hari-hari yang sangat indah untuk saya dan anak-anak dalam setahun. Hari ini saya meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-34 isteri kesayangan saya. Ini adalah kali ke-9 kami meraikannya bersama. Sesungguhnya, menyambut hari ini sahaja tidak cukup bagi saya untuk mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada beliau atas segala pengorbanan yang telah dilakukan olehnya.

Isteri saya telah melahirkan anak-anak saya yang comel, sihat montel seramai empat orang, tiga daripadanya adalah melalui cesarean, perut beliau dibelah untuk keluarkan anak-anak kami. Betapa beliau sanggup mengorbankan kecantikan tubuh badan semata-mata untuk melahirkan anak-anak saya.

Isteri saya jugalah yang sudah tiga kali berhenti kerja, dan kali ini menjadi suri hati saya sepenuh masa semata-mata sebab yang utama adalah keluarga. Beliau mengorbankan keupayaan dan kebolehan intelek beliau bekerja di syarikat minyak yang terbesar di Malaysia sebagai jurutera, kemudiannya berhenti daripada bekerja sebagai pensyarah universiti, kemudiannya berhenti lagi daripada memperoleh PhD daripada universiti terbaik dunia, semata-mata untuk menjaga dan mendidik anak-anak saya, dan membolehkan saya mencapai cita-cita ke puncak kerjaya saya.

Beliau, mengorbankan kesihatan beliau semata-mata untuk saya dan anak-anak. Apa yang dilalui beliau sepanjang tahun lalu, adalah sesuatu yang cukup tragis, yang pastinya, saya tak sanggup lalui, tetapi beliau adalah seorang yang tabah, dan cekal, seperti mana saya kenali beliau, 14 tahun yang lalu.

Beliau,sentiasa menyambut saya di muka pintu dengan senyuman, bersalam dengan saya sebelum saya keluar rumah, dan ketika saya sampai kembali ke rumah, dan memastikan saya dan anak-anak cukup makan minum di rumah. Hidangan kopi ketika saya berada di meja saya tidak lekang ketika saya asyik dengan kerja saya (dan adakalanya berfb!).

Beliau, tidak lekang dengan nasihat-nasihat dan menjadi penenang untuk sang suami, yang kadang-kadang cepat nak rasa marah, dan kurang bersabar. Beliaulah yang kadang-kadang memperingatkan saya, kerana adakalanya saya tersasar, dan terlengah-lengah dalam beramal. Beliaulah isteri saya, Putri Nurizatulshira bt Buang.

Sungguh, saya tak tahu nak membalas jasa beliau bagaimana. Doa saya di Padang Arafah hingga ke hari ini, agar isteri saya ini menjadi peneman saya ke syurga kelak, dan moga Allah menjadikan beliau ketua bidadari saya di syurga nanti. Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana membesarkan dan mendidik beliau.

This is my dedication song for her, Happy birthday dear. Moga Allah merahmatimu sentiasa. Ameen.

ENDLESS LOVE
(Lionel Richie)

My love, there’s only you in my life
The only thing that’s right

My first love,
You’re every breath that I take
You’re every step I make

And I, I
I want to share
All my love with you
No one else will do

And your eyes
Your eyes, your eyes
They tell me how much you care
Ooh yes, you will always be
My endless love

Two hearts, two hearts that beat as one
Our lives have just begun

Forever (oh) I’ll hold you close in my arms
I can’t resist your charms

And love oh, love
I’ll be a fool for you I’m sure
You know I don’t mind
Oh, you know I don’t mind

‘Cause you,
You mean the world to me
Oh I know
I’ve found in you
My endless love

Oh, and love oh, love
I’ll be that fool for you I’m sure
You know I don’t mind
Oh you know, I don’t mind

And, yes you’ll be the only one
‘Cause no one can deny
This love I have inside
And I’ll give it all to you
My love, my love, my love
My endless love

P/S: Thank you to AGELOC (R2 particularly) for the glowing face of my wife 😀