Ini adalah sharing yang pernah saya buat setahun yang lalu apabila saya bergelar Mr Mama

Antara tips-tips menguruskan pakaian/laundry yang orang lelaki kurang tahu tetapi kaum ibu marah sangat-sangat kalau bapaknya tak buat:

1. Bila nak basuh baju, asingkan yang warna gelap dan warna putih. Sila basuh baju putih berasingan

2. Bila nak basuh baju baru untuk kali pertama terutamanya baju warna terang, sila rendam baju itu dahulu, ada kemungkinan warnanya luntur dan rosakkan baju lain

3. Sila baca label di baju-baju samada ia sesuai dicampur adukkan atau perlu dibasuh berasingan. (Kain buruk jangan pulak basuh sekali dengan baju-baju maaa)

4. Apabila nak sidai baju di luar, contohnya baju kerja especially baju kurung vogue sang ibu, sila terbalikkan baju tersebut sebelum disidai di bawah panas terik untuk elakkan warna luntur. Sebaik mungkin sidai di bawah tempat terlindung.

5. Jangan pamerkan pakaian dalam anda untuk khalayak, sidailah ia di sebalik pakaian-pakaian lain.

6. Apabila nak seterika baju, pastikan pakaian mahal contohnya sampin songket diseterika dari dalam (terbalikkan pakaian)

7. Kaum bapa, sila tinggalkan tabiat memakai baju yang berpeluh lebih dari sekali..sila cuci ya!

Sekian tips daripada Mr Mama