Hari ini hari ihtifal dan performance day Falah & Nurhan. Macam selalu, kami kalut-kalut orangnya. Alhamdulillah dapat sampai sebelum waktu yang ditetapkan dan majlis berjalan dengan lancar. Tergelak-gelak tengok Falah ber’choral speaking’, dan Nurhan dan tidak menyanyikan lagu, tapi main kepiahnya macam merry go round ketika kanak-kanak lain menyanyi.

Alkisahnya, kereta Alza kami habis minyak di tengah-tengah jalan. Lebih kurang 2 kilometer lagi nak sampai stesyen minyak. Memang saya tahu keperluan nak isi minyak sebelum ke majlis ihtifal Falah & Nurhan, tapi dah terkalut lebih, dan ‘direction’ ke stesyen minyak berbeza dengan tempat program, kami bergerak ke tempat program dahulu, dengan harapan cukup kot kejap lagi nak ke stesyen minyak.

Namun perancangan Allah lebih baik. Kereta memang mati tepi jalan, cepat-cepat saya lorongkan ke lorong paling tepi dengan bantuan seorang brader kelisa biru, yang memberhentikan keretanya melihat kami anak-beranak yang terkulat-kulat kereta habis minyak. Bila ditolak ke tepi, brader tersebut memesan supaya hidupkan enjin kereta sekali lagi, Alhamdulillah berjaya gerak, tetapi cuma untuk 100 meter sahaja, kemudian kereta mati lagi!

Brader tersebut menawarkan saya menaiki keretanya untuk membeli minyak. Botol isi minyak pun tak ada, terpaksalah saya cari botol air mineral, dan Alhamdulillah dapatlah isi minyak 1.5 liter, cukup-cukup untuk memandu kereta tersebut ke stesen minyak. Kepada Falah dan Amanina, mereka sungguh teruja nak menceritakan pengalaman pertama mereka kereta habis minyak kepada kawan-kawan lain, tak tahu lah apa elemen dramatik yang mereka nak masukkan ๐Ÿ™‚

Semasa dalam keretaย Kelisa biru tersebut, sempat saya berbual-bual dengan brader ini. Katanya, “Abang beruntung bang, Allah berhentikan kereta tu mungkin ada sebab, kita tak tahu apa jadi kat depan tu. Abang beruntung juga bang, setengah orang bila jadi macam ni, jadi susah, tak ada bantuan, saya pernah juga kereta ni buat hal di Taiping, tapi cepat-cepat pertolongan sampai, Alhamdulillah

Ya, seperti yang saya pernah coretkan dalam fb saya sebelum ini, salah satu tingkatan syukur kita ialah bersyukur atas segala ujian yang diberikan oleh Allah, kerana kita tidak dapat mengagak apa yang bakal terjadi sebaliknya. Berikutย adalah coretan FB saya pada 14 November 2014. ย Yang pastinya, sungguh Alhamdulillah, berasa sungguh bersyukur kepadanya, atas segala peringatan dan ujian yang diberikan.

“Selalu kita baca daripada ayat Al-Quran tentang syukur. Allah sebut dalam surah Ibrahim ayat 7

ูˆูŽุฅูุฐู’ ุชูŽุฃูŽุฐู‘ูŽู†ูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูู…ู’ ู„ูŽุฆูู† ุดูŽูƒูŽุฑู’ุชูู…ู’ ู„ูŽุฃูŽุฒููŠุฏูŽู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุฆูู† ูƒูŽููŽุฑู’ุชูู…ู’ ุฅูู†ู‘ูŽ ุนูŽุฐูŽุงุจููŠ ู„ูŽุดูŽุฏููŠุฏูŒ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Alhamdulillah saya melihat trendnya sekarang, ramai di antara kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT apabila diberikan nikmat, kesenangan, kemudahan. Apabila mendapat keputusan yang baik maka kita bersyukur, dikurniakan anak kita bersyukur, diberikan penghargAan, anugerah dan sebagainya, tidak lekang kita bersyukur dan berkongsi dengan orang lain rasa kegembiraan kita. Namun di saat ini juga kita perlu berwaspada dengan tipu daya syaitan, syaitan membisikkan kata2 supaya kita merasa megah diri, ujub dan takbur dengan apa yang kita punyai.

Sedar tak sedar, adakalanya, apabila kita diuji dengan kesukaran, kesusahan, masalah, jarang sekali kita mengucapkan syukur. Apatah lagi apabila kita terlibat dalam konflik yang melibatkan orang lain. Selalunya, apabila ada konflik, ringan sahaja kita menyalahkan orang lain sebagai penyebab kepada masalah, dan jarang sekali kita ‘retrospec’ hati kita. Kadang-kadang, mudah kita menyalahkan orang lain dan sukar kita melihat kelemahan diri, tidakkah kita tahu hanya Allah sahaja yang mengizinkan perkara itu berlaku? Dan berlakunya pasti ada sebab dan hikmah yg perlu kita cari.

Contohnya, saya berkonflik dengan kawan A. Diikutkan hasutan syaitan, saya cepat2 upload status kat fb, whatsapp pada orang lain apa yg terjadi kepada saya dan menyalahkan kawan A tersebut, busuk-busuk saya akan memendam perasaan dan rasa bengang yang mendalam kepada kawan saya itu. Akan tetapi, kAlau kita ikut apa yang Allah suruh, perkara pertama yg perlu kita buat ialah cepat-cepat istighfar dan muhasabah diri, apakah teladan atau ibrah yang Allah nak beri kepada diri kita. Kenapa Allah hadirkan konflik itu, pasti semuanya bersebab! Mungkin Allah nak naikkan tahap iman kita, tetapi sebab kita bengang sangat, maka kita gagal ujian tersebut.

Serupa jugak kalau kita kehilangan benda yang kita sayang. Pengalaman saya semasa ibadah haji, saya ditolak jatuh semasa tawaf sebelum solat subuh mengakibatkan saya kehilangan lebih 300 riyal. Diikutkan hasutan syaitan, saya akan rasa marah sangat kerana saya rasa bukan salah saya, tetapi Alhamdulillah masa itu, saya ambil banyak pengajaran. Pertamanya, saya nak tiru Prof MKI berebut dapatkan saf di hadapan kaabah, dan ada kemungkinan akan timbul perasaan riya’ sebab saya akan balik bercerita yg saya dapat saf belah-belah depan! Keduanya, Allah nak bersihkan wang saya. Maka apabila saya bermuhasabah, Alhamdulillah saya bersyukur kerana kehilangan wallet (pemberian Putri Nurizatulshira sempena birthday dua tahun lalu) ptersebut dan ditolak jatuh di hadapan kaabah! Maka dalam keadaan sukar dan kesusahan, kita akan berasa ‘content’ dengan ujian kesusahan yang dilalui sekiranya ada pengucapan syukur tersebut, Insha Allah.

Maka sekiranya kita ditimpa kesusahan, mungkin juga kalimah yg perlu kita sebut ialah Alhamdulillah. Insha Allah, Allah berikan kesusahan, konflik, kehilangan yang disayangi itu sebenarnya untuk kita rapat kepadaNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang mukmin itu seperti tanaman yang selalu digoyangkan oleh hembusan angun kerana orang mukmin itu sentiasa ditimpa pelbagai ujian. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti pohon cemara yang tidak goyang dihembus angin kecuali setelah ditebang (Sahih Muslim)

Semoga Allah membawa kita semakin rapat denganNya, hari ke hari, Ameen!”