Sebelum ni saya kurang mengamalkan solat di awal waktu, tetapi selepas balik haji, saya cuba sebaik mungkin untuk melakukan solat di awal waktu.

Apabila cuba untuk istiqamah, saya terokai satu rahsia.
Selalunya sebelum ini kita selalu cakap kita tak cukup masa, tetapi sebenarnya dengan solat di awal waktulah Insha Allah kita dapat optimumkan dan Alhamdulillah, punyai masa untuk lakukan segalanya yang kita rancang untuk hari itu.

Satu perkara lagi yang saya syorkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat di FB ialah, jangan tinggalkan langsung solat dhuha. Solat dhuha itu panjang waktunya iaitu 30 minit selepas syuruk hinggalah kurang-kurang 10 minit sebelum Zohor. Solat dhuha ini bukanlah untuk peniaga-peniaga ataupun orang yang menunggu untung dan rezekinya tiba sahaja, ia adalah tanda syukur kita sebagai hamba Allah kepada Allah SWT. Jadi, apalah sangat 5 minit bersolat dhuha dua rakaat.

Diriwayatkan daripada Abu Zarr Al-Giffari Radhiallahu ‘anhu beliau berkata:
“Pada setiap pagi (yang datang dan pergi) seluruh tulang dan sendi setiap salah seorang di antara kamu wajib bersedekah. Setiap tasbih (yang dibacanya) adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh berbuat baik adalah sedekah, dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Terpadalah untuk keseluruhan yang disebutkan itu dua rakaat solat dhuha yang anda lakukan.” (Hadis riwayat Imam Muslim dan Abu Daud)

Moga bermanfaat, Insha Allah.