Allah sentiasa tunjukkan jalan supaya hamba-hambaNya yang sentiasa mengharap kepadaNya tidak tersasar haluan. Didatangkan kepada kita sedikit kesukaran dan ujian untuk kita renung sejenak apakah jalan yang terbaik untuk mencari redhaNya. Magisnya kuasaMu ya Allah, adakalanya yang tidak menyeronokkan di benak fikiran itulah yang terbaik bagi hamba-hambaMu, dan dengan memohon doa banyak-banyak kepada Allah, Allah lapangkan dada hamba-hambaNya dikala kita tersepit dan terhimpit. Lantas, Allah mengurniakan aqal yang lapang untuk berfikir mencari penyelesaian, maka tumbanglah dan menangislah iblis semahu-mahunya kerana tidak berjaya mengkucar-kacirkan anak cucu cicit Adam a.s. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)