Allah tetapkan sesuatu perkara kepada kita ada sebabnya, walaupun sedaya upaya mana kita mencuba, ada masanya Allah tetap tidak berikannya kepada kita. Mungkin juga Allah nak bagi, tapi bukan sekarang, mungkin 5-10 tahun lagi, mungkin hampir nak meninggalkan dunia ini. Allah uji setiap makhluk manusia dengan pelbagai nikmat dan rintangan. Yang sukar itulah menjadikan kita lebih rapat dengan Allah tetapi nikmat kesenangan mudah menyebabkan kita lupa dengan Allah. Allah uji dengan lambatnya kita menerima jodoh, Allah uji pula dengan lambatnya kita menerima zuriat, Allah uji juga kenapa semua zuriat kita lelaki sahaja, atau perempuan sahaja. Ataupun Allah uji dengan anak/pasangan yang sakit tenat. Tetapi sentiasa beringat, amanah/ujian yang Allah bagi itu Allah hanya berikan kepada orang yang mampu menanggungnya untuk meningkatkan tahap iman kita. Kita serah kepada Allah, Insya Allah ada jalan yang terbentang luas di hadapan kita. Have faith in Allah.