Subhanallah walhamdulillahi wallahu akbar. Semalam malam ke 27, saya bawa kira-kira £7.70 ke masjid. Ingatkan separuh nak derma ke masjid, separuh lagi balik nanti nak beli Sam Chicken, sedap juga makan fried chicken lepas tarawikh. Sebelum mula tarawikh, imam pesan kepada makmum bersedekahlah apa yang kamu mampu kerana sedekah itu tidak mengurangkan wang kamu walau sedikitpun. Selepas 8 rakaat saya dah nak bergerak pulang, terbayang-bayang Sam fried chicken tu . Tapi saya tak pasti nak bagi duit syiling £2.70 ataupun note £5 sekeping. Kemudian terimbas semula pesanan imam. Jadi saya kaut apa yg ada dalam poket saya dan terus sedekahkan £7.70 dengan terus melupakan sam chicken itu. Saya redha dan gembira macam biasa, Sam Chicken tu bila-bila boleh dapat.

Baru sebentar tadi saya check account online. Allah beri saya 100 kali ganda wang yang saya sedekah semalam. Sumber yang tidak disangka-sangka Alhamdulillah wa syukurillah.

Teman-teman di London dan di UK jemput ke rumah terbuka kami hari Ahad ini. Tanda syukur saya kepada Allah atas nikmat dan ujian kasih sayangNya walaupun hambaNya ini sentiasa lalai dan alpa.

Bersedekahlah rakan-rakan di kala mampu atau tidak, Insya Allah duit itu tidak akan berkurang walau sedikitpun.