Semalam kita bersengketa hingga bermasam muka kerana cuba menyelesaikan kekusutan di minda

Hari ini, kita kembali ceria kerana mencapai keputusan yang tidaklah sebesar mana tetapi mawaddahnya manis dirasa sepanjang masa

Kita terus lupa sengketa semalam, entah apalah yang mengakibatkan jiwa membungkam.
Tetapi ia adalah semalam.

Begituah kehidupan suami dan isteri, melayari bahteranya tidak selamanya di laut yang tenang

Tetapi pada hakikat geloranya itu, ada perasaan sayang, cinta dan sabar di dalam mengemudi layar hatta ombak sedang menjulang dan petir menerkam

Untungnya bila ada perasaan itu, nakhoda dan pembantu setianya itu akan berbincang dalam rahmat Allah, biarpun asalnya tajam menikam, tetapi pabila lahirnya perasaan sayang, maka wajah yang ditenung makin lama akan hilang kusam

Beruntunglah kepada yang paksi perkahwinannya atas ad-Deen, kerana bahteranya ialah ad-Deen, layarnya ialah ad-Deen, matlamat akhirnya juga ialah ad-Deen, mencari redha Rabbi.

Terima kasih isteri terchenta Putri Nurizatulshira